The Legend Hotel
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Setiap hari kita mendengar tentang kepentingan bersikap positif tetapi kita sering gagal untuk menyedari secara mendalam dan menggunakan pengetahuan kita untuk mendapat manfaat yang menyeluruh dari sikap positif kita.

1. Adakah bersikap positif ini terhad kepada tahap minda sahaja?
2. Dapatkah kita bersikap positif pada masa dan suasana genting?
3. Adakah kita benar-benar bersikap positif atau berpura-pura bersikap positif?
4. Bagaimanakah tanggapan orang lain terhadap tingkah-laku kita?

Kita juga sering mengelirukan diri sendiri dengan pelbagai soalan dan kekusutan minda? Kita sering mengutarakan soalan yang berupa:

1. Apakah silap saya?
2. Apakah yang dapat saya pelajari dari kesilapan ini?
3. Apa yang boleh saya ubah tentang diri saya?
4. Dari manakah saya boleh menimba ilmu?
5. Mengapa keadaan ini sering berlaku kepada saya?
6. Mengapa saya sering gagal melakukan yang terbaik
7. Mengapa saya ini kurang cerdik?

Jika ianya benar bahawa kita semua tahu dan sedar mengenai kepentingan bersikap positif, mengapa kita gagal mengaplikasi pemikiran positif secara berkesan pada setiap waktu dan suasana?
Tentang apakah kursus ini?

Kursus Sikap Kerja Positif akan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran anda untuk membolehkan anda memahami secara menyeluruh. Konsep dan mekanisma mengaplikasi pemikiran dan tabiat positif untuk memastikan anda berjaya merangkul manfaat maksima dari cara pemikiran positif ini.

Jika dilakukan dengan cara yang betul, kita akan dapat menukar setiap keadaan kepada sesauatu yang positif yang akan membawa kebaikan dan menyumbang terhadap kejayaan diri kita.

Pemikiran positif tidak terhad kepada minda semata-mata, tetapi haruslah diserapkan kepada setiap tingkah-laku dan reaksi kita.

Kursus ini akan mendidik para peserta cara mengaplikasi pemikiran positif dalam semua aspek kehidupan.

Kami menjamin selapas menghadiri kursus ini anda akan merasa teruja untuk ke pejabat setiap hari dan akan memainkan peranan yang positif dalam mencapai visi dan misi jabatan dan juga organisasi anda.

Official Website: http://www.gin-my.com/ws_201010_SKP.php

Added by tfliam on June 29, 2010

Interested 1