Jalan SS12/1Subang Jaya
Kuala Lumpur, Selangor 47500

Penyelia merupakan golongan pegawai yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Mereka adalah penggerak, perancangan utama dan berfungsi sebagai tulang belakang bagi operasi organisasi dan mereka juga adalah penghubung di antara para pekerja dengan pihak pengurusan. Kejayaan para penyelia dalam memainkan peranan dan fungsi mereka dengan yakin sudah pasti akan membawa kejayaan kepada organisasi secara keseluruhan.
Tentang apakah kursus ini?

Justeru itu, kursus "Kemahiran Penyelia Yang Berkesan" adalah satu pilihan kursus untuk melatihkan diri supaya dapat melaksanakan tugas yang lebih mencabar dan memikul tanggungjawab yang lebih berat di setiap masa. Pemupukkan dan penyuburan budaya prestasi kerja yang cemerlang dapat dilaksanakan melalui pengasuhan bakat tenaga kerja profesional, perancangan haluan perkembangan kerjaya dan perkongsian pengalaman dalam penyempurnaan tugas setiap organisasi.
Objektif:

* Memahami peranan, tanggungjawab dan tugas-tugas seorang penyelia dan pemimpin kumpulan kerja dalam sesuatu organisasi.
* Mengenalpasti sikap dan ciri-ciri yang perlu dibina ke arah menjadi seorang penyelia yang berkesan.
* Menyusun dan membahagikan kerja-kerja operasi secara lebih efektif dan produktif.
* Mewujudkan kakitangan yang matang dan bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar dalam proses kenaikan pangkat.
* Memperturunkan ilmu, pengalaman, ketrampilan peribadi dan kemahiran pihak pengurusan atasan kepada pegawai-pegawai di bawahnya sebagai usaha untuk menyambung kesinambungan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Official Website: http://www.gin-my.com/ws_201011_KPYB.php

Added by tfliam on June 29, 2010

Interested 1