The Legend Hotel
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

alam menjalankan tugas harian dengan berkesan, setiap pekerja dalam suatu organisasi haruslah mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan setiap tahap secara berkesan.

Kegagalan dalam menguasai kemahiran berkomunikasi boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada individu dan juga organisasi. Adalah penting untuk para pekerja mempelajari selok-belok berkomunikasi dengan efektif dalam memudahkan proses pemindahan maklumat, delegasi kerja dan juga mengelak daripada berlakunya konflik di kalangan pekerja, di antara kumpulan dan juga di antara para pekerja dan pihak pengurusan.

Kegagalan berkomunikasi secara efektif dengan para pelanggan dan pembekal pula akan mendatangkan kesan yang lebih darurat lagi. Kegagalan sedemikian rupa akan berupaya untuk menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat.
Tentang apakah kursus ini

Kursus ini akan mendidik para peserta untuk mempelajari cara berkomunikasi secara berkesan secara lisan atau bertulis. Para peserta akan didedahkan kepada pelbagai teknik dan gaya berkomunikasi demi menjamin peningkatan prestasi kerja mereka.

Official Website: http://www.gin-my.com/ws_201010_KKDTK.php

Added by tfliam on June 29, 2010

Interested 1